Mengenali Song Box

pic_home

Secara rasminya, Song Box beroperasi pada Sept 2003 dengan cawangan pertama di Kompleks Membeli-belah Ampang Point dan dan kedua di Kompleks Membeli-belah The Mines. Setelah tiga tahun beroperasi, Song Box dikenali dengan Karaoke yang terbaik di kalangan RM1 karaoke dengan lagunya yang bersesuaian dengan kegemaran orang ramai dan sistem audio yang memuaskan.

Selain itu, Song Box juga dikenali dengan langkah-langkah yang diambil untuk menjaga keselamatan dan sentiasa mengikut undang-undang yang disenaraikan oleh kerajaan. Dengan perkhidmatan pusat latihan nyanyian ini, kami berharap dapat mengurangkan masalah sosial remaja seperti lepak, gangster, bosiah dan sebagainya.
Mengikut catatan kami, para pengunjung cawangan-cawangan Song Box telah mencatat lebih daripada 750,000 orang sebulan pada Nov 2005, dan angka ini dijangka akan meningkat dengan pesat dengan penambahan cawangan-cawangan baru kami. Memandangkan pasaran semakin menerima konsep karaoke keluarga yang sihat ini, kami menjangka aktiviti penambahan cawangan akan bertambah pesat lagi pada tahun 2006 dan tahun yang akan datang.

Keistimewaan Pusat Latihan Nyayian

pic_mic

Konsep-Konsep Song Box:

Satu tempat di mana mereka dapat berkongsi perasaan dan fikiran dengan kawan-kawan dan keluarga.

Tempat untuk beristirehat.

Tempat untuk melepaskan tekanan, kesedihan dan keghairahan

Tempat untuk memperlihatkan bakat yang tersembunyi

Suasana yang sihat, menaikkan imej dan direka untuk menambat naungan kekeluargaan.

Song Box merupakan syarikat pertama yang menyediakan perkhidmatan Karaoke RM1 yang berdasarkan konsep keluarga yang sihat. Kami mendahului, sementara yang lain mengikuti. Song Box sentiasa berjanji untuk menganalisis dan memperbaharui setiap konsep-konsep kami.

Struktur, Pelan Dan Rekacipta Song Box

Konsep Song Box adalah berdasarkan pondok telefon yang berlutsinar. Sila rujuk kepada struktur “box” dibawah.

Pondok Latihan Nyanyian Song Box

Pondok Song Box telah direka khas mengikut teori bunyi dan gelombang untuk

new

memastikan sistem “audio” kami dapat memberi kepuasan yang maksimum.

Selain itu, kami telah memasukan bahan penghalang bunyi pada dinding pondok supaya bunyi yang kuat tidak

terkeluar dari pondok tersebut. Oleh itu, walaupun anda menikmati nyanyian “rock’ yang kuat di dalam pondok, penyanyi di sebelah tidak akan terganggu. Ini juga memastikan karaoke kami tidak menganggu orang ramai yang berada di luar kedai kami
Rekacipta Yang Istimewa Untuk Menghalang Bunyi

Sasaran Pasaran Song Box

pic_sasaran

Konsep Kami:

  • Konsep karaoke untuk seluruh keluarga
  • Harga yang rendah di mana setiap lapisan masyarakat dapat menikmati kemudahan ini
  • Mengalakkan kegiatan yang sihat dan menghalang kegiatan kurang sihat seperti lepak, bosiah, minuman keras, pengambilan dadah dan merokok
  • Menyediakan tempat berkumpul untuk remaja yang menjalankan aktiviti sihat ~ menyanyi
  • Selain daripada Karaoke yang berharga mahal, Song Box hanya mengenalkan RM1 untuk satu lagu sahaja. Mengikut pengalaman kami, secara purata, seorang pengguna hanya belanja RM5 sahaja untuk menyanyi selama sejam. Oleh itu, cawangan kami amat digemari, tidak kira di bandar mahupun di kampung. Perkhidmatan berkos rendah ini amat sesuai untuk golongan berpendapatan rendah atau sederhana.