Mengenai Karaoke

pic_sejarah

Sejarah Karaoke

Penyampaian perasaan melalui muzik dan nyanyian merupakan salah satu cara komunikasi manusia sejak zaman purba. Tidak kira bagaimana zaman berubah, muzik dan nyanyian tidak dapat digantikan oleh cara lain.

Sejarah Karaoke bermula di Jepun sejak tahun 80an, nyanyian muzik dengan peralatan audio dan TV dikenali sebagai “Karaoke”. Demam fenomena nyanyian ini bertahan sehingga hari ini tanpa sebarang tanda pudar popularitinya.

Selama ini, Karaoke telah digunakan dengan bejayanya di kelab-kelab, majlis-majlis sosial, acara korporat, dan mahupun di rumah.

Bagi kebanyakan orang, menyanyi adalah salah satu cara melepaskan tekanan kerja dan menyampaikan perasaan, samada rasa bosan, marah, mahupun cinta. Selain daripada itu, nyanyian juga mewujudkan peluang untuk perjumpaan sosial yang sihat di kalangan kawan karib.

Karaoke telah melanda dengan pantas berikutan dengan kos yang mahal untuk kugiran berkumpulan (“live band”), terutamanya di negara maju seperti Jepun, Korea Selatan dan Taiwan. Kos yang lebih murah, sistem yang tersedia dan lagu boleh dipilih secara sukahati telah menyebabkan Karaoke makin mengantikan “live band”. Bagaimanapun, konsep penyanyi band kugiran masih tidak terikut sehingga tahun 90an, dan dengan bahagian pemasaran yang terhad kepada golongan tertentu sahaja.

Membina Kerjaya

Sentiasa seiring dengan aliran semasa yang popular akan memisahkan seseorang yang berjaya dengan seseorang yang tewas dalam era ini.

Aliran popular yang terbaru ialah pemilihan rancangan IDOL… sama ada Singapore IDOL, Malaysia IDOL, ataupun Akademi Fantasia. Setiap negara kini sedang membuat pemilihan dan Malaysia telah menyempurnakan rancangan Malaysian IDOL dengan begitu berjaya.

Sebagaimana muzik dan lagu tidak mempunyai halangan perkauman, kami begitu yakin dalam lebih mempromosikan fenomena ini, dan sebagai warganegara korporat, kami akan menyediakan tempat di mana pelbagai kumpulan etnik dapat bersama dan menyanyi. Kami perlu memecahkan halangan etnik supaya rakyat Malaysia dari semua kaum dapat berinteraksi secara bebas dengan satu sama lain. Kerajaan perlu mengambil peranan sebagai mentol yang bijak.

Cabaran utama terkini ialah bagaimana menggunakan maklumat itu secara analitikal dan kreatif. Mencari haluan, memberi sokongan untuk mengasah bakat-bakat muda yang berfikiran kerjaya dalam muzik dan mempunyai lebih percapaian suasana kepada semua orang dalam setiap umur.

Song Box, dengan segala bangganya, telah menyediakan jalinan-jalinan untuk menjadi Malaysia Idol yang berikutnya.

Syarikat kami amat terkagum dengan peluang perniagaan yang begitu besar di dalam perniagaan TV Karaoke ini. Kami percaya keperluan asas manusia ini dapat mencipta peluang perniagaan yang tidak terhingga. Dengan kemajuan komputer dan sistem rakaman yang terkini, Karaoke bukan sahaja sedap didengar, malah MTV rakaman yang menarik turut menjadikan hiburan digemari orang ramai.

Sebelum tahun 2000, tempat istirehat karaoke selalu dikaitkan dengan arak, perempuan dan kegiatan hiburan yang tidak sihat. Ini telah menyebabkan orang ramai tidak dapat menikmati perkhidmatan karaoke. Bagaimanapun, Redbox, selaku pemilik Karaoke yang tulen telah membuka era baru dalam bidang perkhidmatan ini. Redbox dikenali dengan konsep operasinya ~“family karaoke”(karaoke keluarga) dan ini telah dapat sambutan yang begitu mengagumkan di kalangan masyarakat. Ini telah membuktikan karaoke bukan satu kegiatan yang tidak sihat, malah pemilik peniagaan telah salah mentafsirkan cara operasinya sahaja.

Akan tetapi, kos operasi yang mahal telah menyebabkan karaoke keluarga agak mahal dalam harga perkhidmatan. Ini menyebabkan hanya golongan yang berpendapatan tinggi sahaja dapat menikmati perkhidmatan ini sahaja, manakala lebih 80% daripada masyarakat Malaysia adalah dari golongan pendapatan sederhana dan rendah tidak dapat menikmati perkhidmatan ini. Justeru itu, Song Box selaku pengusaha karaoke RM1 telah menyediakan perkhidmatan ini untuk rakyat biasa.